Tuesday 28 October 2014

ABOUT ME

Assalamualaikum..

Hye, buat pertama kalinya salam perkenalan juga untuk semuanya.  Saya Nurmahirah Ithnin baru menceburkan diri dalam dunia blog yang mana orang lain dah lebih lama dalam dunia ni.  isyhhh malunya, Tapi apa yang nak dimalukan kan sebab hidup ni kenalah sentiasa belajar belajar dan belajar sehinggalah ke hujung nyawa.  Saya memang suka sangat belajar sesuatu yang baru yang mana boleh meningkatkan lagi ilmu pengetahuan saya.

Saya merupakan pekerja sektor kerajaan yang mana kini masih lagi menyambung pelajaran di peringkat Ijazah dalam bidang Pembangunan Sumber Manusa secara part time.  1 minggu ada 7 hari dan ketujuh-tujuh hari tulah penuh jadual harian ni. Penat memanglah penat tapi demi masa depan yang lebih cerah ku gagahi jua.  cewahhh!!!.  Memang dari dulu lagi bercita-cita nak masuk universiti dan akhirnya dapat juga.  Insyallah dengan izin Allah tahun hadapan dapatlah grad dengan jayanya. Tak sabar rasanya nak pegang segulung ijazah tu, nanti boleh tunjuk kat anak-anak sebagai motivasi mereka.

Status dah berkahwin baru saja mempunyai sorang puteri yang sedang meningkat naik dengan keletahnya yang cecomel tu.  Komitmen sangat-sangat la tinggi sebab kena pandai bagi-bagikan masa diantara kerja, keluanrga dan belajar.  Untunglah mempunyai suami yang sentiasa support dan memahami.  Alhamdulillah.  Saya mengambil peluang dan kesempatan berblogging ni sebagai batu loncatan meningkatkan lagi taraf hidup saya yang kini  sangat-sangat mencabar.  Ekonomi yang semakin memerlukan kita supaya kerja lebih kuat mencari sesuap nasi.  Sejak tahun 2012 saya mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan secara kecil-kecilan secara online dan juga offline.  Tiada langsung latar belakang keluarga yang berbiness ni tapi apa salahnya mencuba sesuatu yang tak pernah lagi tu kan yang penting pucuk pangkal diri sendiri.

Last but not least, 

Semoga perjuangan ini akan berbaloi dan mohon TUNJUK AJARKU SIFU pada mereka yang lebih awal menceburkan diri dalam bidang ni. 

Bye :)


SUSAH HAMIL MENGALAMI MASALAH KESUBURAN????

Minyak Kelapa Dara membantu masalah KESUBURAN? Komponen utama yang mampu memberikan kesuburan kepada lelaki & wanita adalah, A...